dedicated to my beloved...wife..

dedicated to my beloved...wife..

Thursday, June 01, 2006

TAHUKAH ANDA??....

KELEBIHAN VITAMIN E

MENARIK nafas panjang sambil menikmati udara segar adalah salah satu kenikmatan hidup. Tetapi, apabila kita menyedut udara tercemar, ia boleh membawa padah dan mengundang pelbagai masalah kesihatan, lebih-lebih lagi jika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.Udara yang mengandungi unsur tercemar dan berbahaya seperti radikal bebas, karbon monoksida, sulfur dioksida, habuk dan kotoran. Radikal bebas boleh menimbulkan tindak balas rantaian yang mengancam sel badan dan menyebabkan pelbagai jenis masalah kesihatan.Jika anda ingin kekal cergas dan sihat sepanjang hari, dapatkan perlindungan sepenuhnya daripada anti oksida berkuasa seperti vitamin E kerana ia mampu meneutralkan radikal bebas di dalam badan agar kesihatan anda terpelihara.Ingat, pastikan anda menikmati khasiat vitamin E yang kekuatannya terjamin dan mudah diserap untuk perlindungan sepenuhnya daripada bahaya radikal bebas.

  • Antara kelebihan vitamin E:

Menggalakkan peredaran darah Membantu mengurangkan keletihan.
Melambatkan proses penuaan, melindungi terhadap penyakit kronik degeneratif.
Mengurangkan insiden penyakit kardiovaskular.
Membantu mengurangkan risiko kanser.
Membantu otot berfungsi dan memperbaiki tisu.
Memperbaiki keadaan kulit.
Membantu memperbaiki sistem perlindungan badan.
Mengurangkan masalah diabetes.


Vitamin E adalah vitamin larut lemak yang mengandungi lapan bahan sumber asli dan deriatif sintetik. Ia boleh didapati dalam minyak sayuran seperti minyak germa gandum, minyak kacang soya, minyak jagung, minyak bunga matahari, minyak kacang dan minyak beras sekam.Bijirin gandum, sayuran berdaun hijau gelap, kekacang dan tepung yang diperkayakan dan telur mengandungi jumlah vitamin E yang kecil.Bagaimanapun, cara memasak dan memproses menyebabkan makanan kehilangan kandungan vitamin E.

p/s :So,buat surirumah-surirumah tu kalau nak masak tu janganlah sampai layu pulak sayur tu ek..:)

DARI LIDAH PENGARANG...


Assalamualaikum..n Hello everybody...:)

Adapun tujuan blogger ini diwujudkan adalah sebagai wadah pelbagai info buat tatapan dan perkongsian untuk semua yang melayari blogger ini.InsyaAllah,semua info-info yang akan dimuatkan dalam blog ini akan di update dari masa ke semasa.

wassalam