dedicated to my beloved...wife..

dedicated to my beloved...wife..

Thursday, November 30, 2006

Info Sihat :SUPPLEMEN UNTUK KESIHATAN

Makanan harian sepatutnya mengandungi zat-zat dan vitamin perlu untuk menjamin kesihatan tetapi malangnya kini ia terdedah kepada :
- pencemaran makanan dengan tambahan bahan kimia,
- pencemaran alam, makanan diproses oleh manusia,
- gaya hidup yang moden dan cepat / tidak sihat
- pemakanan yang tidak seimbang.

Selain bersenam dan amalan kesihatan lain ia tidak memadai jika tidak disertakan dengan program pemakanan tambahan. Makanan tambahan bererti makanan seharian kita yang masih diperlukan untuk membentuk kesihatan yang benar-benar sempurna dan lengkap, untuk mengelakkan dan mencegah daripada menghidap penyakit. Ia merupakan langkah pencegahan dan berjaga-jaga bagi mereka yang mementingkan kesihatan, dan ingin hidup lebih lama, panjang umur ! Nampaknya punca berlakunya penyakit ialah kesan tidak sempurna dan lengkapnya pemakanan, jadi ia perlukan makanan tambahan.

Mengapa Vitamin (Pemakanan Tambahan) Adalah Penting ?
(Pemakanan Tambahan Adalah Keperluan Asas, Tiada Pilihan Lagi)
- Tubuh kita perlukan dos yg lebih tinggi bagi sesetengah vitamin.
- Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin ditanam di atas tanah yg kurang subur.
- Mungkin berlaku kehilangan zat makanan semasa memasaknya,
- Gaya hidup kita mungkin mengganggu penyerapan zat makanan.
- Kepelbagaian makanan mungkin terhad dalam hidangan kita.
- Kita mungkin kerap makan di luar.
- Gaya hidup yang tidak aktif.
- Banyak stress di tempat kerja, di jalanan dll.
- Kerap demam atau jangkitan selesema dll.
- Makanan kini digabungkan dengan bahan kimia, bahan awet, pewarna, perisa MSG dll.
- Peningkatan penyakit berkaitan diet (serangan jantung, kanser, kencing manis, tekanan darah tinggi, osteoporosis dll)

P/s : Tak dapat disangkal lagi supplemen mmg penting untuk kesihatan kita sebab dalam kehidupan seharian pun bukannya kita boleh dapat semua vitamin yang diperlukan dalam makanan harian kita kan?Logiknya,sesetengah vitamin juga memang tiada dalam makanan yang kita makan hari-hari tu kerana ia hanya boleh dihasilkan dalam keadaan atau bentuk tertentu...!

Info Sihat : DIABETES@KENCING MANIS

D I A B E T E S
Diterjemahkan oleh: M. (Iesje) Bakar-Tobing A.P.D., Dietitian/Ahli Gizi, 1996.
Written by: Janice Beale - Diabetes Educator & Gloria Wong - Dietitian, 1996

APAKAH YANG DINAMAKAN DIABETES ATAU PENYAKIT KENCING MANIS?

Diabetes Mellitus adalah suatu kondisi, di mana kadar gula di dalam darah lebih tinggi dari biasa/normal. (Normal: 60 mg/dl sampai dengan 145 mg/dl); ini disebabkan tidak dapatnya gula memasuki sel-sel.
Ini terjadi kerana tidak terdapat atau kekurangan atau resisten terhadap insulin.
DIABETES adalah suatu kondisi yang berjalan lama, disebabkan oleh kadar gula yang tinggi dalam darah.
DIABETES dapat dikawal. Kadar gula dalam darah akan kembali seperti biasa atau normal, dengan merubah beberapa kebiasaan hidup seseorang.

Iaitu:
  • Mengikuti suatu susunan pemakanan yang sihat dan makan secara teratur.
  • Mengawasi/menjaga berat badan.
  • Memakan ubat yang dibekalkan oleh doktor
  • Bersenam secara teratur & konsisten


TANDA-TANDA DIABETES ATAU PENYAKIT KENCING MANIS

  • Rasa haus yang berlebihan.
  • Buang air kecil yang berlebihan (dengan jumlah yang besar)
  • Sering merasa lelah/kekurangan tenaga
  • Infeksi di kulit
  • Penglihatan menjadi kabur (Buta Ayam)
  • Turunnya berat badan (pada sebagian penderita)
  • Hyperglaisimia (Peningkatan abnormal kandungan gula dalam darah)
  • Glaikosuria (glukosa dalam urine - air kencing)


JENIS-JENIS DIABETES

Terdapat dua jenis Diabetes atau penyakit kencing manis yang umum; masing-masing dapat diubati dengan cara tersendiri :


1. Diabetes Mellitus yang tergantung pada insulin (IDDM atau jenis I)
biasanya terdapat pada orang yang masih muda
gejala-gejalanya terjadi dengan secara tiba-tiba
kadar glukosa (gula) darah yang tinggi

Apa yang harus dilakukan :

  • Suntikan insulin
    Makanlah makanan sehat dan seimbang
  • Senaman secara teratur
2. Diabetes Mellitus yang tidak tergantung pada insulin (NIDDM atau jenis III)
biasanya terdapat pada orang yang berusia lebih dari empatpuluh (40) tahun
terjadi secara perlahan-lahan, dan kemungkinannya dengan tiada tanda-tanda/gejala
biasanya terdapat pada orang yang gemuk dan usia lanjut, dan tidak aktif

Apa yang harus dilakukan :

  • Mempertahankan berat badan yang normal
  • Senaman secara teratur
  • Makanlah makanan yang seimbang
  • Tablet atau pil (untuk sebahagian penderita)
  • Mungkin memerlukan insulin, biasanya pada peringkat terakhir

P/s : Kita seharusnya mengamalkan gaya hidup yang sihat!Kurangkan gula dalam minuman..tambahkan manis dalam senyuman..:)