dedicated to my beloved...wife..

dedicated to my beloved...wife..

Wednesday, May 23, 2007

TAHUKAH ANDA...??







SARAPAN PAGI...


Sarapan pagi penting untuk kecergasan fikiran seseorang. Kajian ke atas pelajar Amerika membuktikan seramai 12 % pelajar yang tidak mengambil sarapan pagi kurang tumpuan dalam akademik. Sarapan pagi membekalkan zat makanan supaya otak boleh berfungsi dengan baik terutama bagi pelajar berusia di antara 9 hingga 11 tahun.



RAMBUT GUGUR...

Mengusap rambut dengan tapak tangan punca rambut gugur. Ini disebabkan terdapat banyak kekotoran di tapak tangan melekat ke rambut dan kulit kepala yang akan melemahkan akar umbi rambut sehingga menggugurkan rambut



PENGAMBILAN VITAMIN..

Pengambilan vitamin tanpa nasihat doktor atau pakar perubatan boleh membahayakan kesihatan. Oleh itu, dapatkan nasihat ahli farmasi atau doktor sebelum mengambil sebarang vitamin yang dijual di pasaran.



KALSIUM..

Kalsium penting untuk menguatkan tulang. Minum susu dan mengambil makanan yang berasaskan hasil tenusu membekalkan kalsium yang diperlukan oleh badan.




FLORIDA..

50% hingga 60% kanak-kanak yang minum air mengandungi florida mempunyai gigi yang sihat kerana florida dibekalkan ke dalam dan permukaan gigi di samping mencegah kaviti. Penggunaan ubat gigi dan cecair kumur mulut yang mengandungi florida juga mencegah serangan kaviti terhadap gigi