dedicated to my beloved...wife..

dedicated to my beloved...wife..

Friday, June 16, 2006

Produk Unik : SuSen dari Lifecode

APA BUKTINYA SUSEN TERBAIK?


· Satu-satunya tuala wanita yang dianugerahkan PINGAT EMAS No.1 di Pameran Penciptaan Antarabangsa 2000 di Geneva,Switzerland.

· Memenangi PINGAT EMAS di Pameran Penciptaan Antarabangsa Nurenberg,Jerman pada 2002

· Anugerah Cemerlang di Pameran Innovasi Kebangsaan Taiwan pada tahun1999 dan mempunyai hak cipta (Paten) Taiwan R.O.C : 135928 ;mengesahkan ketulenan kandungan dalam pad SuSen

· Mempunyai perlindungan insurans RM 2.4 Juta ;menjamin ianya selamat digunakan

· Hingga hari ini belum ada lagi mana-mana tuala wanita yang mendapat Silver atau Bronze ,apalagi Gold Award

Produk Unik : SuSen dari Lifecode

SUSEN : Pad Herba (Multi purpose Sanitary Pad)

KEUNIKAN & KEISTIMEWAAN TUALA WANITA SUSEN

LAPISAN LUAR DPD KAPAS ASLI
Permukaan tuala yg selembut sutera diperbuat dpd kapas asli agar kulit terasa segar,kering,bersih & selamat


DAYA SERAPAN TINGGI
Bahan-bahan yg digunakan adalah terdiri dpd bahan bermutu tinggi yg mempunyai daya serapan yg membolehkan cairan meresap dgn cepat untuk memberi perlindungan & keselesaan yang maksima.Ujian yg dbuat di Taiwan menunjukkan kadar serapannya adalah 27.6 kali ganda berbanding tuala wanita biasa.Tiada lagi perasaan cemas atau bimbang terhadap kebocoran walaupun pada saat tenat(heavy).

ULTRA NIPIS
Sangat nipis, hanya 0.3mm ( regular). Ianya satu ciptaan baru & berinovatif. Bentuk garis luarannya sesuai untuk wanita. Berkemampuan untuk memberi keyakinan & kepastian sepenuhnya sehingga tidak terasa akan kewujudannya.


FORMULA KHAS HERBA ASLI
Kesan utama pad SuSen adalah disebabkan formula khas herba-herba asliyg sejati & dipercayai turun temurun. Ia adalah satu-satunya cara semulajadi untuk meringankan bebanan dan tekanan sepanjang tempoh pusingan haidnya.


KANDUNGAN BIOTEK & ANTI BAKTERIA
Melalui kajian bio-teknologi yang terkini, pad herba SuSen ini mengandungi bahan anti bakteria & cepat meresap.Cairan (darah haid) meresap dgn pantas jauh ke dalam & terperangkap supaya permukaannya tetap kering.Dengan ini bakteria tidak berpeluang untuk membiak & menjadikannya satu perlindungan yg selamat,bersih & selesa.


SEGAR & BERBAU HERBA
Selesa dipakai, menyegarkan, nyaman, berangin seperti pudina/menthol.Bau rumusan herbanya yg menyergarkan kekal sepanjang hari.


PELAPIK KHAS TELUS UDARA
Menggunakan kombinasi bahan asli yg mengandungi resin & ekstrak tumbuh-tumbuhan untuk lapisan pelapiknya. Ia membentuk gelembung udara halus sebagai kusyen & ruang udara antara lapisan menjadikannya selesa dipakai.Ujian oleh Jabatan Kesihatan Taiwan menunjukkan tiada kesan sebarang toksik & tahap PH 6.6


BUKTI TIDAK BERACUN
Telah diuji oleh mammal SGS Taiwan Ltd, membuktikan tiada plumbum,raksa & lain2 racun dan bahan toksik. Menepati piawaian taraf USP, peraturan 61.


KAWALAN MUTU BERTARAF TINGGI
Menggunakan bahan-bahan termasuk selaput perlindungan yg bebas dari habuk yg menyerap cairan & menahan kebocoran dgn berkesan agar kulit sentiasa segar & kering.



Monday, June 05, 2006

Info sihat : How To Reverse Hair Loss



These are helpful tips to help regenerate hair follicles, but they do not cure any underlying conditions, or stress-related hair loss:

 Try drinking this- blend bananas with honey, yoghurt and low-fat milk. A drink rich in biotin can help keep your crowning glory firmly rooted.

 Take dietary supplements such as Vitamin B6 and Zinc. Supplements are useful when you can't get enough from natural food sources.

 Invert your head while you shampoo and massage your scalp.This helps promote blood circulation to the head.

 Eliminate stress or else it can be disastrous to your precious hair.

 Get enough sleep.

Info sihat : RESDUNG@SINUSITIS

Hari ni saya nak kongsi info dengan anda semua tentang satu penyakit yang kerap kita dengar akhir-akhir ini.Tetapi tahukah anda apa yang dikatakan dengan SINUSITIS atau RESDUNG...?

SINUSITIS (Resdung)
Sinus merupakan kaviti berudara dalam tulang yang mengelilingi mata dan hidung. Pada keadaan normal, mukus yang dihasilkan oleh membran sinus nasal mengalir ke dalam kaviti nasal melalui suatu saluran yang sempit. Namun, apabila seseorang mengalami selsema atau mempunyai abses pada gigi bahagian atas, jangkitan boleh merebak ke sinus melalui saluran sempit tersebut. Membran sinus membengkak dan menyebabkan penghalangan saluran tersebut yang seterusnya menghalang aliran mukus. Ini menyebabkan mukus terjangkit.

Oleh sebab sinusitis akut biasanya berpunca daripada jangkitan seperti tonsilitis, vitamin dan mineral yang dapat memulihkan sistem pertahanan badan dapat membantu penyembuhan dan mambantu mencegah serangan selanjutnya. Sinusitis kronik pula disebabkan oleh jangkitan atau alergi terhadap makanan tertentu seperti produk tenusu yang menyebabkan membran mukosa membengkak.

Vitamin B dan E membantu mengekalkan sistem imun yang sihat. Bioflavonoid pula bertindak bersama vitamin C untuk mengekalkan kesihatan kapilari darah. Bioflavonoid juga mempunyai kesan anti-inflamasi.

Tip Rawatan:

Memperbanyakkan

• buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membekalkan vitamin C dan bioflavonoid.

• kerang dan kacang untuk membekalkan zink.

• bijirin untuk membekalkan vitamin B.

• benih bunga matahari, minyak benih dan avocado untuk membekalkan vitamin E.

• herba dan rempah yang mempunyai kesan dekongestan seperti bawang putih, bawang merah, halia, lobak putih, bunga cengkih dan kayu manis.


p/s : Amalkan cara hidup yang sihat!

Thursday, June 01, 2006

TAHUKAH ANDA??....

KELEBIHAN VITAMIN E

MENARIK nafas panjang sambil menikmati udara segar adalah salah satu kenikmatan hidup. Tetapi, apabila kita menyedut udara tercemar, ia boleh membawa padah dan mengundang pelbagai masalah kesihatan, lebih-lebih lagi jika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.Udara yang mengandungi unsur tercemar dan berbahaya seperti radikal bebas, karbon monoksida, sulfur dioksida, habuk dan kotoran. Radikal bebas boleh menimbulkan tindak balas rantaian yang mengancam sel badan dan menyebabkan pelbagai jenis masalah kesihatan.Jika anda ingin kekal cergas dan sihat sepanjang hari, dapatkan perlindungan sepenuhnya daripada anti oksida berkuasa seperti vitamin E kerana ia mampu meneutralkan radikal bebas di dalam badan agar kesihatan anda terpelihara.Ingat, pastikan anda menikmati khasiat vitamin E yang kekuatannya terjamin dan mudah diserap untuk perlindungan sepenuhnya daripada bahaya radikal bebas.

  • Antara kelebihan vitamin E:

Menggalakkan peredaran darah Membantu mengurangkan keletihan.
Melambatkan proses penuaan, melindungi terhadap penyakit kronik degeneratif.
Mengurangkan insiden penyakit kardiovaskular.
Membantu mengurangkan risiko kanser.
Membantu otot berfungsi dan memperbaiki tisu.
Memperbaiki keadaan kulit.
Membantu memperbaiki sistem perlindungan badan.
Mengurangkan masalah diabetes.


Vitamin E adalah vitamin larut lemak yang mengandungi lapan bahan sumber asli dan deriatif sintetik. Ia boleh didapati dalam minyak sayuran seperti minyak germa gandum, minyak kacang soya, minyak jagung, minyak bunga matahari, minyak kacang dan minyak beras sekam.Bijirin gandum, sayuran berdaun hijau gelap, kekacang dan tepung yang diperkayakan dan telur mengandungi jumlah vitamin E yang kecil.Bagaimanapun, cara memasak dan memproses menyebabkan makanan kehilangan kandungan vitamin E.

p/s :So,buat surirumah-surirumah tu kalau nak masak tu janganlah sampai layu pulak sayur tu ek..:)

DARI LIDAH PENGARANG...


Assalamualaikum..n Hello everybody...:)

Adapun tujuan blogger ini diwujudkan adalah sebagai wadah pelbagai info buat tatapan dan perkongsian untuk semua yang melayari blogger ini.InsyaAllah,semua info-info yang akan dimuatkan dalam blog ini akan di update dari masa ke semasa.

wassalam